Friday, February 24, 2006

Bawang PUTIH Bawang MERAH

Pada suatu hari, bapa Bawang Merah telah berkhawin dengan ibunya yang pertama iaitu emak Bawang Putih. Tetapi mereka tidak mendapat cahaya mata . Akhirnya bapanya berkhawin kali kedua iaitu ibu kepada Bawang Merah. Mereka tinggal dalam sebuah rumah kampung. Beberapa bulan kemudiannya kedua-dua isterinyanya telah hamil dan melahirkan dua orang iaitu Bawang Merah dan Bawang Putih.
Beberapa tahun kemudian, Bawang Merah dan Bawang Putih pun membesar. Bawang Putih sungguh kejam selalu mendera Bawang Merah.
Suatu hari seorang putera raja telah mendengar seorang gadis menyanyi di buaian sebatang pokok. Adik tirinya mengaku pandai menyanyi, tapi putera raja itu tidak suka mendengar suaranya yang sumbang. Kini giliran Bawang Merah pula menyanyi, dia menyanyi dengan senyuman dan buai itu pun bergerak sendiri. Raja dan pengikutnya semua terperanjat melihat buai itu bergerak sendiri. Beberapa bulan kemudian, putera raja dan Bawang Merah pun berkhawin.
Daripada : Fadilah 2T2

Hobi SAYA

Hobi saya ialah badminton dan bola jaring. Saya suka main permainan ini sebab saya gemar bermain dengan kawan saya. Kawan saya Aishah suka main badminton, dia selalu main badminton dengan adiknya dan kawan-kawan sekolah rendah dulu. Kadang-kadang dia bermain dengan saya di sekolah tahun lepas dan saya suka main badminton denganya sebab dia bagus bermain. Selain badminton aya suka juga bermain bola jaring sebab ketika saya di sekolah rendah saya selalu main bola jaring dan memasuki pertandingan bola jaring melawan Sekolah Rendah Coral. Saya berharap tahun ini saya akan mewakili sekolah saya dalam pertandingan bola jaring. Saya akan berlatih bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan dalam pertandingan.

Teman SAYA

Saya ada seorang teman yang bernama Muhd Noor, dia sungguh baik hati dan suka menolong saya apabila saya ada masalah dalam pelajaran matematik. Dia pandai dalam matematik dan saya berterima kasih kepadanya sebab sudah banyak menolong saya. Kadang-kadang saya keluar dengan Muhd Noor untuk belajar bersama-sama di perpustakaan di Pasir Ris. Kami memang suka pergi ke perpustakaan. Kami selalu belajar sama-sama. Yang saya suka bila kami bergurau-senda di situ. Setiap hari Sabtu saya ada tuisyen di Sekolah Menengah Greenview dan hari Ahad saya ada kelas madrasah itupun saya dan adik saya pergi bersamanya. Adik saya pun suka berkawan dengan kawan saya kerana dia baik dan suka buat kelakar apabila adik saya menangis atau merajuk. Saya harap saya tak akan lupa apa yang telah dia bantu saya selama ini. Selagi dia ada, saya terus berkawan dengan dia sampai bila-bila. Selagi lagi saya nak ucapkan terima kasih padanya.

AYam MAsak MErah

Makanan kegemaran saya ialah ayam masak merah. Saya suka ayam masak merah kerana ia enak dan lazat. Saya suka mak cik saya masak kerana sedap dan manis. Saya suka pergi ke rumah mak cik saya kerana saya akan menyuruh dia masak ayam masak merah. Kalau saya makan ayam masak merah masakannya, saya akan tambah lagi. Mak cik saya masak sunguh lazat dan saya tidak akan lupakan masakan dia. Kalau ada kenduri, kadang kala mak cik saya masak sambal undang, ayam masak merah, lauk lemak dan sebagainya.

Wednesday, February 15, 2006

2T2 Di SuDuT BuDAYA

Sunday, February 12, 2006

Si Tang Gang

Sunday, January 29, 2006

Ba Dang KeLenTen

Selamat Datang

Selamat Datang Ke Taman Permata